MAHB tidak terjejas gangguan sistem komputer global

MAHB tidak terjejas gangguan sistem komputer global

SUASANA sesak di KLIA 2 setakat petang ini kerana gangguan IT yang menjejaskan perkhidmatan di seluruh kaunter daftar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA2. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR/PEMBERITA - PIXS ONLY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan sistem komputer global yang mengakibatkan sebahagian besar perjalanan tergendala di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.

Namun, MAHB dalam hantaran di aplikasi X memaklumkan, beberapa rakan kongsi syarikat penerbangan mengalami gangguan disebabkan isu berkenaan.

“Untuk maklumat terkini dan arahan mengenai penerbangan, penumpang boleh semak terus dengan syarikat penerbangan masing-masing.

“Kakitangan lapangan terbang MAHB berada di lokasi untuk membantu penumpang dari syarikat penerbangan ini,” katanya dalam hantaran itu.

Terdahulu media melaporkan, gangguan sistem komputer global di seluruh dunia hari ini turut menjejaskan beberapa perkhidmatan utama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 setakat petang tadi.

Menurut tinjauan di media sosial, seluruh kaunter kelihatan sesak kerana pendaftaran penerbangan harus dibuat secara manual kerana sistem mengalami gangguan teknikal.

Difahamkan, para penumpang yang masih belum ada pas masuk wajib beratur di kaunter untuk melakukan pendaftaran manual. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya