Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) dan Kerajaan Pahang berkolaborasi menganjurkan program OPKIM-IPT @ Pahang 2024 yang berteraskan aktiviti keagamaan dan kerohanian selama empat hari di Felda Seroja Jengka 18, Maran baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, program ini membabitkan 40 mahasiswa menjalankan operasi khidmat masyarakat, kebajikan, motivasi, pendidikan, sukan, kesenian dan kebudayaan.
“Kerajaan Pahang sangat komited dalam mengukuhkan syiar dan Pendidikan Islam di negeri ini,” katanya ketika merasmikan OPKIM IPT @ Pahang 2024 di Masjid Nurul Huda Felda Seroja Jengka 18 Maran baru-baru ini.
Sementara itu Pengarah Program, Aizuddin Hakim Mohd Yusof berkata, program ini juga memberi peluang warga university mencurahkan khidmat bakti kepada Masyarakat Felda Wilayah Jengka khususnya Felda Jengka 18.
“Saya optimis penganjuran program ni dapat dicapai iaitu memperkasa ilmu sebagai pemangkin kecemerlangan, ujarnya . – UTUSAN