LRT Kelana Jaya alami gangguan teknikal

LRT Kelana Jaya alami gangguan teknikal

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Operasi perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya mengalami kelewatan disebabkan gangguan teknikal.

Menerusi perkembangan terkini di aplikasi X milik Rapid KL, terdapat kerosakan pada pintu tren Stesen Dang Wangi, Kuala Lumpur.

“Gangguan teknikal pada pintu tren dan tidak dapat bergerak di Stesen Dang Wangi.

“Jurutera kami sedang berusaha mengenal pasti masalah ini, katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Rapid, bagi mendapatkan status perkhidmatan terkini, sila ikuti media sosial Rapid KL.

Menerusi tinjauan Utusan Malaysia, rata-rata penumpang meluahkan rasa kurang senang dan mengeluh terhadap insiden yang sedang berlaku ini.

Setakat ini, lebih 20 minit penumpang laluan ke LRT Kelana Jaya terkandas. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya