LKAN banyak kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy

LKAN banyak kelemahan, penemuan tak tepat – Khairy

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Khairy Jamaluddin yang pernah menerajui tiga kementerian mengakui berdepan dengan banyak kelemahan dan kesalahan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) sehingga menjurus kepada penemuan yang tidak tepat.

Sebagai contoh, katanya, beliau yang pernah menguruskan acara-acara besar seperti Sukan SEA 2017 dan pengagihan vaksin semasa menjadi menteri, antara kelemahan tersebut melibatkan julat masa audit tersebut dijalankan dan metodologi yang diguna pakai.

“Kita tak boleh dalam keadaan untuk mengatakan semua yang dibuat oleh Jabatan Audit Negara tidak boleh dipersoalkan,

“Ada kalanya disebabkan kesalahan metodologi yang digunakan menyebabkan penemuan LKAN tak tepat, ada kelemahan,

“Kadang-kadang audit fokus kepada masalah spesifik, tak nampak gambaran yang lebih besar,” kata Khairy dalam program podcast Keluar Sekejap (KS) yang turut menampilkan bekas ahli Parlimen DAP, Ong Kian Ming.

Khairy mengulas perkara itu susulan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024 baru-baru ini yang menyasarkan laporan ke atas beberapa organisasi seperti Human Resource Development Corporation (HRD Corp) dan Majlis Profesor Negara (MPN) sehingga menyebabkan campur tangan oleh pihak penguatkuasaan.

Walaupun mencatatkan kedudukan kewangan yang stabil dan lebih 98 peratus pelaburan menguntungkan, tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan ke atas kakitangan HRD Corp dikhuatiri melemahkan syarikat kerajaan itu dari segi moral dan daya saingnya di masa depan.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, kadang-kadang laporan tersebut yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sumber tersebut dibazirkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya