Dilimpah kemewahan dan populariti, namun siapa sangka sebilangan artis Korea Selatan pernah menjalani kehidupan yang serba daif dan miskin. Berikut kami senaraikan lima artis yang pernah berhadapan masalah kewangan sejak kecil.
HAN SO-HEE
SEBELUM menjadi artis, Han So-hee hanya mempunyai RM1,000 (300,000 KRW) ketika berhijrah ke Seoul, Korea Selatan.
Setiap hari dia akan bekerja di bar dan pulang ketika hari menjelang pagi. Han dibesarkan oleh nenek sejak kecil kerana ibu bapanya bercerai.
ukan itu sahaja, ibunya juga dikatakan berhutang dengan ramai orang menggunakan namanya walau tidak pernah berinteraksi.
SUGA BTS
PEMINAT BTS pasti mengetahui masa kecil Suga yang serba miskin. Suga atau nama sebenarnya Min Yoongi dibesarkan di wilayah Daegu.
Semasa zaman sekolah, dia terpaksa memilih duit yang ada dibelanjakan untuk menaiki bas atau membeli mi yang berharga sekitar RM4.
Bagi mencapai impian bergelar penyanyi, Suga sudah menulis lagu sejak berumur 13 tahun dan bekerja secara sambilan di sebuah studio rakaman bagi mendapatkan wang ke Seou
IU
KEHIDUPAN penyanyi popular, IU atau nama sebenarnya Lee Jieun bukan satu rahsia lagi. Ketika IU masih di zaman kanak-kanak, keluarganya berdepan masalah hutang yang banyak menyebabkan ibu dan ayahnya tidak mampu menampung kehidupan penyanyi itu.
IU kemudian diserahkan kepada neneknya yang juga tidak mempunyai pendapatan lumayan.
Dalam satu wawancara, IU pernah mendedahkan dia tinggal di sebuah bilik kecil untuk dikongsi bertiga iaitu dirinya, adik serta neneknya. Rumahnya juga dipenuhi lipas.
Setiap hari, IU akan berjalan ke sekolah dan melalui kawasan berbukit kerana tidak mempunyai wang membayar tambang bas.
Pada 2011, kehidupannya berubah apabila lagunya Good Day mendapat perhatian meluas membuatkan artis itu berjaya membayar semua hutang keluarganya.
LEE DO-HYUN
KETIKA menerima anugerah di KBS Drama Awards pada 2021, Lee menceritakan kesusahan keluarganya dalam ucapannya.
Dalam nada sebak, Lee mendedahkan ibu dan ayahnya membuat banyak kerja untuk membesarkan dirinya dan abangnya yang juga merupakan seorang kanak-kanak kurang upaya.
Lee bagaimanapun bertekad untuk bekerja keras dan membelikan rumah yang selesa buat keluarga. Menurutnya lagi, pengalaman lalu banyak mengajarkannya untuk sentiasa merendah diri.
KIM SE-JEONG
SIAPA yang tidak mengenali pelakon utama drama Business Proposal ini. Dalam sebuah rancangan Life Menu, mereka menghidangkan makanan tradisional Korea Selatan iaitu jajangmyeon and tangsuyuk.
Tiba-tiba pelakon itu menjadi sebak dan menceritakan situasi kehidupan masa kecilnya yang susah. Keluarganya mempunyai masalah kewangan membuatkan pelakon itu hanya bergantung kepada kad kebajikan yang diberikan kerajaan untuk mendapatkan makanan.
Ketika itu, dua makanan itulah yang selalu dibeli keluarganya. Namun, setelah terlibat dalam rancangan Produce 101, Kim mula mendapat perhatian.
Dia kemudian menyambung karier solonya dalam bidang lakonan sehingga hari ini dan mengubah nasib keluarga.