Lelaki warga Myanmar rasuah polis direman - Utusan Malaysia

Lelaki warga Myanmar rasuah polis direman

LELAKI warga Myanmar (kiri) yang ditahan reman setelah memberi rasuah seorang anggota polis dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Gara-gara merasuah seorang inspektor polis, seorang lelaki warga Myanmar ditahan reman selama enam hari bermula hari ini sehingga Ahad. Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Lelaki berusia 27 tahun itu disyaki memberi rasuah RM250 kepada seorang inspektor polis dan ditahan kira-kira pukul 3.50 pagi tadi. Suapan berkenaan sebagai balasan untuk melepaskan lelaki itu daripada ditahan kerana melakukan kesalahan tidak memiliki lesen perniagaan barang-barang lusuh. Suspek disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 dan akan ditahan di lokap SPRM…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya