Lelaki warga asing cuba bawa keluar wang tunai lebih RM600,000 ditahan

Lelaki warga asing cuba bawa keluar wang tunai lebih RM600,000 ditahan

NORLELA menunjukkan matawang lebih RM600,000 dirampas dalam cubaan keluar negara ini di KLIA. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Sejumlah wang tunai mata wang ringgit dan dolar Singapura bernilai lebih RM600,000 yang cuba dibawa keluar dari negara ini tanpa ikrar berjaya digagalkan pada 13 Jun lalu.

Dalam kejadian di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu, wang tunai itu cuba dibawa keluar oleh seorang penumpang warga asing yang hendak menaiki pesawat menuju ke sebuah negara di Timur Tengah.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, lelaki itu ditahan Pasukan Operasi Bahagian Penguatkuasan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah dengan kerjasama pasukan Aviation Security (Avsec).

Beliau berkata, pengembara berusia lingkungan 60-an itu ditahan susulan pemeriksaan pada bagasi dibawanya.

“Pemeriksaan lanjut kemudian menemui mata wang ringgit berjumlah RM572,563 dan SG$24,500 (kira-kira RM85,158).

“Kami masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti sumber wang tunai milik lelaki dipercayai pengarah sebuah syarikat di luar negara itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen Seksyen 28B Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLAFTPUAA) 2001 kerana lelaki itu tidak membuat pengikraran ke atas amaun tunai yang hendak dibawa keluar dari Malaysia.

Norlela berkata, lelaki itu juga melanggar Peraturan 55(1)(b) Peraturan Kastam 2019.

Menurutnya, pengembara yang ingin membawa keluar sejumlah besar wang tunai dan instrumen boleh niaga perlu mengikrarkan menggunakan Borang Kastam No 7.

“Ikrar ini perlu sekiranya amaun melebihi atau bersamaan nilai AS$10,000. Selain itu, kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mata wang Ringgit Malaysia perlu diperoleh terlebih dahulu sebelum dibawa keluar dari Malaysia,” katanya.

Katanya, kes berkenaan adalah kes kedua digagalkan pihaknya tahun ini membabitkan cubaan membawa keluar amaun tunai dan instrumen boleh niaga pembawa oleh pengembara ke luar dari Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya