Lelaki ditemukan lemas selepas tergelincir di muara Pantai Bagan Lalang

Lelaki ditemukan lemas selepas tergelincir di muara Pantai Bagan Lalang

Lelaki ditemukan lemas selepas tergelincir di muara Pantai Bagan Lalang. - FOTO IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

SEPANG: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum terjatuh di muara Pantai Bagan Lalang, di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.14 petang di Jalan Pepahat, Kampung Bagan Lalang, Sungai Pelek itu, mayat mangsa berusia 27 tahun itu ditemukan lemas berhampiran sebuah bot nelayan sejam selepas kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, mayat mangsa ditemukan kira-kira sejam kemudian iaitu kira-kira 20 meter dari tempat mangsa dikatakan terjatuh.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 5.14 petang dan apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa gagal ditemukan selepas dihanyutkan arus.

“Saksi kejadian yang juga rakan mangsa memaklumkan, mangsa tergelincir dan terjatuh di dalam muara.

“Kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa dilakukan sebelum mayat mangsa ditemuikan pukul 6.18 petang,” katanya.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia akibat lemas oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

Wan Md Razali berkata, kes diserahkan kepada pihak polis dan mayat mangsa dibawa ke hospital berdekatan untuk proses selanjutnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya