KEMAMAN: Cubaan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam aktiviti mencuri kabel telekomunikasi melarikan diri dengan kenderaan sejauh 120 kilometer (km) dan bersembunyi di atas pokok untuk meloloskan diri, gagal apabila dia berjaya dicekup polis, hari ini. Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Hanyan Ramlan berkata, lelaki berusia 20-an itu ditahan kira-kira pukul 7 pagi di Felda Panching, Kuantan, Pahang. Menurut Hanyan, sebelum kejadian, sepasukan polis yang melakukan rondaan terserempak dengan empat suspek yang dipercayai sedang melakukan kegiatan mencuri kabel kira-kira pukul 5 pagi di Kemasik, dekat sini. “Menyedari kehadiran polis, suspek…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya