Lebih banyak Baitul Mahabbah akan dibuka - Saifuddin

Lebih banyak Baitul Mahabbah akan dibuka – Saifuddin

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) merancang untuk membuka lebih banyak Baitul Mahabbah atau penempatan khas sementara kanak-kanak warga asing pada masa depan.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya akan membawa usul itu menjelang pembentangan Belanjawan 2025 Oktober depan.

“Saya akan minta Ketua Setiausaha Kementerian minta tambahan peruntukan dalam Belanjawan 2025 nanti bagi penubuhan pusat itu.

“Kami harap dapat buka enam buah Baitul Mahabbah untuk seterusnya (tahun seterusnya). Tahun ini enam buah, tahun depan takkan lah kurang pada enam,” katanya dalam sidang akhbar selepas sambutan Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia dan Majlis Apresiasi Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO), di sini hari ini.

Katanya, usaha itu penting selaras hasrat KDN dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk mengeluarkan 1,300 kanak-kanak warga asing daripada depot imigresen supaya mereka berpeluang mendapat pendidikan tidak formal selain diberi penjagaan kesihatan diri.

“Mereka juga boleh beraktiviti dan bermain dengan jauh lebih baik berbanding ditempatkan terus tahanan dewasa yang lain,” katanya.

Katanya, pihaknya kini dalam landasan tepat untuk membuka tiga lagi Baitul Mahabbah sehingga ahir tahun ini masing-masing akan beroperasi di Kedah, Kelantan dan Johor membabitkan peruntukan RM10 juta.

Saifuddin berkata, ia menjadikan keseluruhan enam Baitul Mahabbah bagi tahun ini dengan tiga Baitul Mahabbah sudah dibuka masing-masing di Nilai, Negeri Sembilan; Papar, Sabah dan Miri, Sarawak.

Setiap Baitul Mahabbah mampu memuatkan 300 kanak-kanak warga asing terdiri daripada mereka yang lahir di depoh tahanan imigresen atau ditinggalkan ibu bapa masing-masing ketika operasi Imigresen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN