PETALING JAYA: Lapan gerai di medan selera di Jalan AU 5 Taman Lembah Keramat, terbakar awal pagi tadi. Dalam kejadian pada pukul 5.49 pagi, kesemua gerai berkenaan terbakar 80 peratus. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, seramai 18 pegawai serta anggota bomba ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran. “Kebakaran membabitkan lapan gerai di medan selera dengan anggaran kemusnahan 80 peratus namun tidak membabitkan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini. Bagaimanapun, menurut beliau, tiada mangsa yang cedera dalam kejadian itu dan jumlah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya