Langkah tangani buli siber diumum dalam masa terdekat

Langkah tangani buli siber diumum dalam masa terdekat

GOBIND SINGH DEO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan dijangka mengumumkan pelbagai langkah jangka panjang bagi menangani masalah gejala buli siber yang dikesan semakin berleluasa di negara ini.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, perkara berkenaan termasuklah mengkaji balik hukuman yang dikenakan ke atas pesalah kes itu kerana dianggap sebagai terlalu ringan.

“Saya setuju apabila ramai kesal kadar denda memang tidak cukup untuk beri pengajaran namun apakah tindakan yang boleh kerajaan ambil,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Meskipun tidak dinyatakan secara spesifik, beliau dipercayai merujuk kepada peruntukan hukuman terhadap pelaku jenayah buli siber di bawah Kanun Keseksaan atau Akta 574.

Ia susulan tular denda hanya RM100 yang dikenakan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 16 Julai lalu ke atas pembuli pempengaruh terkenal, Rajeswary Appahu atau Esha.

Mendiang sebelum itu ada membuat laporan polis yang dia menerima ugutan rogol secara atas talian sebelum bertindak membunuh diri kerana tidak tahan dibuli teruk secara maya.

Mengulas lanjut, Gobind berkata, pihak kerajaan bersedia menilai semula hukuman ringan di bawah akta berkenaan untuk mendidik pengguna tidak menyalah guna wadah digital.

“Isu ini memang ada dibincangkan dalam mesyuarat mingguan Kabinet dan saya memberi jaminan bahawa kerajaan amat serius bagi membendung isu gejala buli siber,” tegasnya.

Malahan ujar beliau, beberapa langkah sudah dikenal pasti dan akan diumumkan dalam masa terdekat selain cadangan pindaan Akta 574 sebelum dibentangkan di Parlimen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya