JOHOR BAHRU: Tiga lelaki direman bagi membantu siasatan kes langgar kenderaan polis dan cubaan mencederakan pegawai polis di Taman Kota Masai semalam. Mahkamah Majistret Johor Bahru membenarkan reman selama tujuh hari sehingga 25 Julai depan setelah dibenarkan Penolong Kanan Pendaftar, Chan Lee Lee. Permohonan reman dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 307 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, sebelum kejadian itu, pihaknya sedang menahan sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya