PARIS: Bintang antarabangsa, Lady Gaga mengesahkan kini bergelar tunang kepada usahawan, Michael Polansky. Perkara itu dimaklumkan pemilik nama sebenar Stefani Joanne Angelina Germanotta kepada Perdana Menteri Perancis, Gabriel Attal. “Kenalkan ini tunang saya,” kata Gaga ketika keduanya hadir menyaksikan acara renang Sukan Olimpik Paris 2024 baru-baru ini. Perbualan kedua figura ternama itu yang dirakam dan dimuat naik di platform TikTok Gabriel menjadi tular dan diperkatakan ramai. Spekulasi pertunangan penyanyi berusia 38 tahun itu mula hangat diperkatakan apabila dia dirakam menyarungkan sebentuk cincin bertatah berlian ketika bersiar-siar di West Hollywood sekitar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya