KPM siasat sekolah terima sumbangan syarikat arak

KPM siasat sekolah terima sumbangan syarikat arak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang melakukan siasatan lanjut berhubung  isu penganjuran program amal di sebuah sekolah yang melibatkan sumbangan syarikat minuman keras seperti dilaporkan media baru-baru ini.

Menurut KPM, pihaknya mengambil perhatian serius dan mengingatkan pentadbir di institusi pendidikan di bawahnya mematuhi garis panduan sedia ada berkaitan penganjuran program dan penerimaan sumbangan.

Bagaimanapun, KPM mengalu-alukan usaha sekolah untuk menganjurkan program dan

mendapatkan sumbangan bagi tujuan pembangunan selaras dengan inisiatif Sekolah Milik Masyarakat.

“Namun ini perlu dilaksanakan berdasar kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2018.

“Ia melarang sumbangan yang melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah, minuman keras dan seumpamanya yang boleh menjejaskan perkembangan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) menerima sumbangan daripada sebuah syarikat arak yang merupakan salah satu penyumbang semasa Konsert Amal Pendidikan.

Usaha itu dikatakan bagi mengumpul dana membina dewan di sekolah itu.

Dalam pada itu, KPM sentiasa proaktif menangani gejala sosial dalam kalangan generasi muda.

Jelasnya, pelbagai program kesedaran dan pendidikan pencegahan dianjurkan di sekolah bertujuan untuk memberi bimbingan kepada murid. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN