KPM kerjasama MOSTI laksana program bersama saintis di 100 sekolah

KPM kerjasama MOSTI laksana program bersama saintis di 100 sekolah

KPM kerjasama MOSTI laksana program bersama saintis di 100 sekolah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan bekerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan inovasi (MOSTI) bagi melaksanakan program bersama saintis di 100 buah sekolah seluruh negara.

Menurut Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, program itu seperti disarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi meningkatkan minat murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Katanya, KPM bersama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan MOSTI telah mengorak langkah menubuhkan Jawatankuasa Khas STEM yang memberi fokus khusus kepada hala tuju STEM bermula dari peringkat sekolah sehingga ke pendidikan tinggi.

“Pelbagai inisiatif pembudayaan, aktiviti dan program pembangunan STEM sedang giat berjalan di sekolah.

“Ini dilaksanakan merentas kementerian dan agensi serta dengan kerjasama rakan strategik korporat dan komuniti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Fadhlina berkata KPM berkata, sinergi antara kementerian dan semua pihak berkepentingan dipergiatkan bagi meningkatkan minat dan penyertaan murid dalam STEM seperti saranan Perdana Menteri.

Semalam, Anwar mengarahkan MOSTI menyediakan 100 saintis bioteknologi ke 100 buah sekolah bagi mening­kat­kan minat murid terhadap bidang STEM.

Perdana Menteri berkata, ia berikutan minat murid terhadap bidang tersebut menurun.

Justeru, kementerian itu perlu menjalankan kerjasama lebih erat dengan KPM bagi mengadakan program mening­katkan minat golongan muda terhadap STEM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya