PONTIAN: Kebimbangan penduduk Kampung Kemang, Batu 36 dekat sini tentang kesucian Tanah Perkuburan Islam yang tidak berpagar akhirnya mendapati perhatian seorang kontraktor. Menurut seorang penduduk, Ghazali Baharum, 64, kontraktor tersebut bermurah hati untuk membina pagar dan membaiki longkang di sekeliling tanah perkuburan berkenaan bagi menghalang daripada dicerobohi oleh anjing liar. “Alhamdulillah, terima kasih kepada pihaknya yang sudi untuk membantu kami kerana bagi menjaga kesucian tanah perkuburan yang telah berusia 60 tahun ini,” katanya kepada Utusan Malaysia. Sebelum ini Utusan Malaysia melaporkan rayuan penduduk supaya dibina pagar bagi mengelakkan diceroboh anjing…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya