Konsert solo? Sabar semua, hujung tahun ini atau tahun depan - Ernie Zakri - Utusan Malaysia

Konsert solo? Sabar semua, hujung tahun ini atau tahun depan – Ernie Zakri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seperti yang digembar-gemburkan, penyanyi bersuara emas, Ernie Zakri, bakal tampil dengan konsert solo yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Bagaimanapun, menurut Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 32, perincian mengenai konsep dan persembahan masih lagi berada di peringkat perbincangan.

“Perancangan untuk mengadakan konsert memang sudah ada. Semuanya dalam proses perbincangan.

“Sebenarnya kami akan umumkan perkara tersebut dalam masa terdekat. Konsert itu akan diadakan sama ada hujung tahun ini atau tahun hadapan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Pemegang rekod dua kali Vokal Terbaik, Anugerah Juara Lagu (AJL) 32 dan 35 itu, menyifatkan penganjuran konsert kali ini sebagai hadiah bagi menunaikan impian peminat selama ini.

“Konsert ini memang saya buat kerana peminat. Mereka sudah lama menantikannya. Insya-Allah, ini untuk mereka,” tambahnya.

Terdahulu, pada 2023, Ernie pernah tampil dalam konsert berskala kecil, This Is Ernie Zakri yang dihadiri kira-kira 200 pengunjung di Nero Event Space, PJPAC, One Utama.

Dalam konsert tersebut, Ernie menyanyikan beberapa buah lagu popularnya, seperti Hebat, Rindu Bukan Teman, Ini Yang Ku Mahu, Misteri, Jangan Marah dan Astana.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya