Kita tidak akan melindungi mana-mana pihak - Zaliha

Kita tidak akan melindungi mana-mana pihak – Zaliha

ZALIHA Mustafa menyerahkan bendera Wilayah Persekutuan kepada Ketua Kontinjen, Datuk Parang Abai @ Thomas di majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Wilayah Persekutuan ke SUKMA XXI Sarawak 2024 di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak sekali-kali melindungi mana-mana anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) sekiranya didapati menerima rasuah atau terlibat dalam isu penyalahgunaan kuasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, pihaknya juga bersedia untuk memberi kerjasama kepada agensi penguat kuasa berkaitan, selain mengambil tindakan khusus dari sudut disiplin terhadap individu terlibat.

“Kita tidak akan melindungi mana-mana pihak, siapa sahaja kita akan ambil tindakan. Kita pun ada juga jawatankuasa atau unit khusus untuk melihat dari sudut disiplin dan sebagainya.

“Kalau ada perkara yang dilakukan melanggar tata kelola atau urus tadbir yang baik dan sekiranya agensi penguat kuasa seperti SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) mahu melakukan tugas mereka, kita sedia berikan kerjasama penuh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Wilayah Persekutuan ke SUKMA XXI Sarawak 2024 dan Pelancaran Logo Baharu Majlis Sukan Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan SPRM akan melancarkan operasi besar-besaran di ibu negara bagi mendedahkan anggota penguat kuasa yang menerima rasuah untuk melindungi premis perniagaan haram warga asing, selain menyasarkan warga tempatan yang menyewa lesen perniagaan mereka kepada pendatang asing.

Pada masa sama, Zaliha turut bersetuju bahawa operasi itu akan menjadi ‘wake up call’ terutamanya dalam kalangan anggota penguatkuasa PBT.

“Ya betul, bukan sahaja di DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) tapi di semua PBT, mungkin di agensi-agensi lain juga.

“Kerjasama sepenuhnya akan diberikan kepada agensi penguat kuasa dan jika benar berlaku penemuan tertentu, kita serah sepenuhnya kepada SPRM atau agensi penguat kuasa untuk ambil tindakan sepatutnya terhadap mereka yang melanggar peraturan atau jika ada unsur-unsur rasuah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya