Prosiding sebutan kes Zayn Rayyan: Kompleks Mahkamah PJ jadi tumpuan

Prosiding sebutan kes Zayn Rayyan: Kompleks Mahkamah PJ jadi tumpuan

SUASANA pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya sebelum Mahkamah Sesyen bersidang pada prosiding sebutan kes ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kompleks Mahkamah di sini menjadi tumpuan orang ramai termasuk pengamal media susulan proses mendengar prosiding sebutan kes Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, terhadap kedua-dua ibu bapanya, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf, pagi ini.

Kira-kira 20 pengamal media berkumpul di pekarangan mahkamah sejak pukul 8 pagi bagi mengikuti perkembangan kes tersebut.

Turut kelihatan, datuk Zayn Rayyan, Zahari Mohd. Reba dan neneknya, Hasni Zakaria di perkarangan luar mahkamah bersama beberapa individu dipercayai ahli keluarganya.

13 Jun lalu,, ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar Jalan PJU 10/1 Damansara Damai di sini, pada pukul 12 tengah hari, 5 Disember hingga 9.55 malam, 6 Disember lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada pukul 10 malam.

Mayat mangsa ditemukan oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.
Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Susulan itu, ibu bapa kanak-kanak malang tersebut, ditahan reman selama 13 hari bermula 1 Jun lalu bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN