Kes orang hilang kekal 900 kes setiap tahun - Saifuddin

900 kes orang hilang setiap tahun – Saifuddin

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan bahawa terdapat trend peningkatan mendadak membabitkan kes orang hilang di negara ini.

Menurut beliau, berdasarkan statistik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), jumlah orang hilang yang dicatatkan adalah kekal sekitar 900 kes setiap tahun.

“Pada 2020 hingga Jun lalu, corak laporan polis terhadap insiden orang hilang ini ialah kekal (kira-kira) 900 setiap tahun.

“Daripada kes orang hilang yang dilaporkan, saya tengok peratusan yang ditemukan itu tinggi antara 85 hingga 90 peratus, (manakala) yang kekal hilang antara 10 hingga 15 peratus. Ini data terbaharu yang saya dapat dari JSJ,” katanya menerusi sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Terdahulu, timbul pelbagai spekulasi terutamanya di media sosial yang mendakwa kes orang hilang dilaporkan semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, KDN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sentiasa memandang serius berhubung insiden orang hilang yang dilaporkan di negara ini.

“Dari segi data menunjukkan trend yang kekal dalam tempoh lima tahun, ia tidak menunjukkan trend yang meningkat tapi kedudukan kami di KDN dan PDRM, satu kes sekali pun adalah serius, bukan maknanya kita boleh pandang enteng.

“Itu kita kata orang ramai boleh mainkan peranan dengan membuat aduan orang hilang kepada polis,” ujarnya.

Media hari ini melaporkan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Albertine Leo Jia Hui yang hilang di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri, Johor Sabtu lalu, ditemukan selamat di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya