Kes anjing baka Husky dipukul dirujuk Jabatan Veterinar

Kes anjing baka Husky dipukul dirujuk Jabatan Veterinar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Siasatan kes anjing baka Husky yang didakwa didera pemiliknya yang tular dalam media sosial diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Satu laporan diterima polis mengenai perkara itu pada pukul 12.47 tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata,  kes berkenaan sudah diserahkan kepada JPV untuk tindakan lanjut.

“Kami mengesahkan menerima satu laporan berkaitan video tular menunjukkan lelaki yang berada di balkoni rumah sebuah apartmen di kawasan Batu 9 Cheras, memukul haiwan peliharaannya menggunakan tangan bertalu-talu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan supaya tidak melanggar mana-mana undang-undang di negara ini termasuk perbuatan penganiayaan terhadap haiwan atau mana-mana haiwan peliharaan.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum di bawah peruntukan Akta Kebajikan Haiwan 2015,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN