NIBONG TEBAL : Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) akan membentangkan kertas dasar berhubung penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig kepada Kabinet sekali lagi pada bulan ini. Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, pembentangan itu dijangka dibuat dalam tempoh satu atau dua minggu lagi selepas kertas dasar berkenaan lengkap sepenuhnya nanti. Kata beliau, sejurus pembentangan yang melibatkan kajian awal dilaksanakan bulan lepas, pihaknya kini cuba menambah baik serta mengambil kira pandangan daripada input-input jemaah menteri pada hari tersebut. “Pada bulan ini, mungkin dalam masa satu atau dua minggu lagi, kita akan membentangkan satu kertas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya