PETALING JAYA: Sembilan saksi dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan bahan api Kerosin Jet-A1 di Pangkalan Udara Semenanjung, Pasukan Gerakan Udara, Subang. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, setakat ini tiada tangkapan terbaharu dan enam individu termasuk tiga anggota polis yang ditahan masih direman. “Kita sudah merakam percakapan sembilan saksi untuk membantu siasatan. “Nilai kerugian membabitkan kecurian bahan api itu adalah sebanyak RM105,000,” kata beliau di sini hari ini. Media sebelum ini melaporkan polis menahan enam individu termasuk anggota polis bagi membantu siasatan berhubung kehilangan bahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya