KOTA KINABALU: Sektor pelancongan Sabah dijangka terus berkembang dengan peningkatan perhubungan udara melalui kerjasama strategik Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dan Syarikat Penerbangan AirAsia yang dimeterai semalam. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew berkata, kerjasama itu dijangka memperkukuh status Sabah sebagai destinasi pelancongan utama di Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) serta rantau ASEAN. Kerjasama strategik selama lima tahun (2024-2028) itu akan terus memacu sektor pelancongan negeri ini. Baru-baru ini, Sabah dinobatkan sebagai salah satu destinasi mampu milik dan AirAsia telah memainkan peranan penting dalam pencapaian ini. …
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya