Kerajaan tidak berundur laksana subsidi bersasar - PM

Kerajaan tidak berundur laksana subsidi bersasar – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak akan berundur dengan keputusan melaksanakan penyasaran subsidi diesel walaupun dikecam dan dikritik kerana hasil yang diperoleh melalui langkah itu akan dipulangkan semula kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu merupakan satu keperluan untuk mengukuhkan asas ekonomi dengan memastikan tidak berlaku ketirisan hasil negara sama ada melalui ‘sakau’, kecurian atau pemberian subsidi kepada bukan golongan sasar.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, malah, kegiatan penyeludupan hasil subsidi negara sudah menjadi rahsia umum puluhan tahun terutama berlaku di stesen minyak di negeri-negeri bersempadan yang mengambil subsidi untuk kegunaan negara lain.

“Apakah itu tidak merisaukan? Tentunya merisaukan bagi yang bertanggungjawab. Tapi kalau poltiik picisan dia cuma mahu mengambil markah dengan meniup semangat dan kemarahan orang.

“Saya juga tidak sempurna, ada beberapa kelemahan yang kita kenal pasti dan kita mencari jalan untuk meringankan beban rakyat, tetapi untuk meneruskan (pemberian subsidi) tidak boleh,” katanya ketika berucap dalam majlis perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Anwar berkata, dalam sebuah negara demokratik perlu ada pimpinan politik, penjawat awam, pihak swasta termasuk agensi-agensi penting untuk mengambil sikap lebih berani dan bertanggungjawab di samping tidak boleh mengenepikan keresahan rakyat.

Justeru, katanya, keputusan yang dibuat perlu istiqamah dan memberikan penjelasan sewajarnya walaupun menghadapi sedikit kegusaran.

“Kalau tanya saya yang diberikan amanah, pilihan saya untuk melakukan yang sebaiknya dengan melakukan perubahan sedaya upaya sebaiknya (untuk negara) dan tak boleh berundur,” katanya.

Beliau berkata, ada masalah-masalah asas yang masih belum selesai dan memerlukan perbelanjaan tinggi seperti bekalan air di Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Sabah.

Ini termasuk pelaksanaan tebatan banjir juga memerlukan puluhan bilion ringgit dan tentunya kesemua perbelanjaan itu mesti datang daripada hasil penjimatan subsidi dan mengelak ketirisan dan rasuah.

Katanya, pembangunan Taman Perindustrian Bersepadu Hijau Kerian (KIGIP) memerlukan air dan tenaga yang mana sumber air harus dibaiki dan kemudahan pemuliharaan sungai Perak sekiranya diurus baik akan ada bekalan air cukup.

 “Jadi kita ada jangka panjang. Apakah saya boleh lengahkan? Tak boleh ini hal mendesak bagi rakyat. Tapi berapa jumlah diperlukan? Untuk KGIP RM4 bilion keseluruhannya. Arahan saya harus mula tahun ini tak mahu tangguh. Hal menyentuh masalah asas rakyat mesti diselesaikan.

 “Prasarana Kedah, kawasan MADA kita perlu pengeluaran padi lebih tinggi untuk keperluan sekuriti makanan negara ini. Unjuran awal diperlukan RM3 bilion, terkini RM5 bilion.

“Adakah kita ada pilihan? Tak ada pilihan. Oleh demikian penyasaran subsidi banteras, rasuah, elak ketirisan perlu dilakukan dan bantulah selamatkan negara kita,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya