Kerajaan semak Akta 482, pastikan industri pelancongan berdaya saing 20 tahun lagi

Kerajaan semak Akta 482, pastikan industri pelancongan berdaya saing 20 tahun lagi

AHMAD Zahid Hamidi ketika mempengerusikan sesi libat urus bersama penggiat industri pelancongan sempena VM2026 di Motac, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan sedia menyemak semula Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) bagi memenuhi keperluan semasa industri itu selain merancakkan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY2026).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, semakan itu juga penting bagi memastikan industri pelancongan negara kekal berdaya saing untuk tempoh 20 tahun akan datang.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan Kabinet berkata, semakan ke atas akta itu telah pun dibincangkan oleh kementerian berkaitan.

“Kita akan sesuaikan (semakan akta) dengan situasi pasaran pelancongan sekarang. Ia sekurang-kurangnya boleh diguna pakai untuk 20 tahun akan datang,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri sesi lihat urus bersama penggiat industri pelancongan sempena kempen VNY2026 di sini, hari ini.

Akta 482 adalah sebuah undang-undang yang dibentuk untuk mempromosikan, mengembangkan, dan mengatur industri pelancongan di negara ini.

Mengulas persiapan kempen VMY2026, Ahmad Zahid berkata, kerajaan akan melakukan segmentasi pelancong bagi memastikan VMY2026 mencapai sasaran ketibaan 35 juta pelancong sekali gus menyumbang kepada ekonomi negara.

Menurutnya, kerajaan menghargai kehadiran pelancong sedia ada ketika ini, namun apa yang penting kempen itu juga boleh menarik lebih ramai pelancong berkualiti.

“Kita bukan hanya mahu mencapai sasaran jumlah pelancong tetapi sejauh mana pertukaran wang asing diperoleh daripada pelancong ini untuk membangunkan ekonomi negara.

“Segmentasi pelancong ini harus dimulakan sekarang kerana tahun depan adalah pelaksanaannya dan pada tahun 2026 pula kita akan mula menerima pelancong mengikut kumpulan sasaran yang ditetapkan,” katanya.

Katanya, beliau juga yakin penglibatan sektor swasta dalam semua bidang akan dapat mendukung semua program VMY2026 bagi menarik pelancong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya