Kerajaan salur RM100 juta kepada Felda tampung kos operasi ladang

Kerajaan salur RM100 juta kepada Felda tampung kos operasi ladang

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Kerajaan menyalurkan peruntukan RM100 juta kepada Felda untuk menampung kos pengoperasian ladang susulan penyasaran subsidi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar berkata, ini kerana kerajaan sudah melaksanakan penyasaran subsidi diesel dengan harga runcit bahan api itu ditetapkan tanpa subsidi bagi menangani penyeludupan dan ketirisan diesel bersubsidi.

“Langkah ini diambil bagi memastikan pendapatan peneroka FELDA tidak sama sekali terkesan, ” katanya dalam ucapan semasa merasmikan sambutan Hari Peneroka Felda 2024 peringkat kebangsaan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang di sini hari ini.

Anwar berkata, kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel menyaksikan harga runci diesel ditetapkan tanpa subsidi bagi menangani penyeludupuan dan ketirisan diesel bersubsidi.

Pada masa sama, katanya, kerajaan menyediakan bantuan kepada golongan sasar yang memerlukan, termasuk pekebun kecil.

“Sebab itulah, dengan mengambil kira implikasi kewangan tambahan Felda sebanyak RM121.6 juta setahun akibat kenaikan harga diesel, kerajaan akan menyediakan peruntukan subsidi tambahan sekitar RM100 juta kepada Felda untuk tujuan yang saya sebutkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya