Keputusan Speaker belum muktamad, boleh dibahas semula di Parlimen

Keputusan Speaker belum muktamad, boleh dibahas semula di Parlimen

WAN AHMAD FAUZI WAN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Keputusan yang dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengenai kedudukan enam Ahli Parlimen Bersatu adalah belum muktamad selagi tidak dibawa dalam prosiding Parlimen.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Pakar Perlembagaan, Datuk Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 48 dan 49A, jika speaker menerima notis berhubung kekosongan kerusi (casual vacancies) daripada mana-mana ahli Parlimen, Speakar perlu membawa persoalan itu ke majlis Parlimen terlebih dahulu.

Ini kerana katanya, ia menyentuh kedudukan ahli Parlimen dan Speaker perlu menentukan kekosongan itu benar-benar berlaku melalui undian di dalam Dewan Rakyat.

“Ketika ini, Speaker membuat keputusan tanpa membawa kepada pertimbangan majlis Parlimen sebagaimana Perkara 53 memperuntukkan secara nyata untuk menentukan status kedudukan seorang ahli Parlimen.

“Berdasarkan peruntukan Perkara 53 juga sekiranya timbul isu status keanggotaan ahli Parlimen, maka Parlimen itu sendiri merupakan forum yang berwibawa untuk menentukan keputusan yang muktamad,” katanya di sini semalam.

Baru-baru ini, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memutuskan untuk tidak mengosongkan kerusi enam bekas Ahli Parlimen Bersatu.

Enam Ahli Dewan Rakyat itu ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal; Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan); Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang); Mohd Aziz Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli).

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum itu dilaporkan berkata, pihaknya kecewa dengan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu dan ia jelas bercanggah dengan Perkara 49A (3) Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fauzi berkata, Speaker tidak boleh secara bersendirian membuat keputusan menentukannya melainkan melalui prosiding di Parlimen, termasuklah penentuan secara undian daripada ahli Parlimen selepas dibahaskan.

Apa yang jelas, katanya, penglibatan speaker itu wujud, tetapi ada proses untuk membolehkan Speaker itu membuat keputusan sama ada seorang ahli Parlimen itu masih kekal atau hilang kelayakan lantaran berlakulah kekosongan.

“Jadi untuk menentukan kedudukan itu perlulah mengikut peruntukan perkara 49(A) dan Perkara 48 dalam konteks seorang ahli Parlimen masih mempunyai kelayakan atau tidak.

“Keputusan muktamand ditentukan oleh majlis Parlimen. Begitu juga di peringkat negeri ia ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri.

“Jadi dalam isu ini, Speaker telah membuat keputusan, tetapi ia masih boleh dibahaskan semula di Parlimen mengikut peraturan tetapnya ,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya