PETALING JAYA: Jumlah kumulatif kematian rakyat Palestin akibat perang di Gaza ketika ini dijangka mencecah 186,000 orang akibat pelbagai faktor terutamanya apabila hak memperoleh sumber makanan dan air bersih serta rawatan kesihatan dinafikan sejak 7 Oktober tahun lalu. Berdasarkan kajian yang diterbitkan oleh jurnal The Lancet, kematian yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Gaza Ketika ini sudah melebihi 38,000 orang. Bagaimanapun, jumlah dikeluarkan itu tidak merangkumi angka sebenar mangsa hilang atau terkorban di bawah runtuhan bangunan dan kematian secara tidak langsung akibat keruntuhan sektor kesihatan, ketiadaan makanan dan minuman mencukupi dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya