Kelemahan penguatkuasaan antara aspek tangani isu pelacuran

Kelemahan penguatkuasaan antara aspek tangani isu pelacuran

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak hanya memberi tumpuan kepada isu pertindihan kuasa antara polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam soal membanteras isu pelacuran di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya juga akan melihat semua aspek termasuk kelemahan penguatkuasaan atau penguatkuasaan yang tidak agresif, isu integriti atau ketidakcekapan.

Beliau berkata, paling penting pihaknya perlu memastikan mangsa yang terlibat dalam aktiviti pelacuran itu mesti diselamatkan terlebih dahulu jika mereka menjadi sebahagian mangsa atau sindiket pemerdagangan orang.

“Itu tugas utama KDN. Kami akan tengok semua. Kalau kelemahan penguatkuasaan, kita kena pertingkatkan. Kalau umpamanya isu integriti, kami kena kesan dan kami kena perbaiki.

“Tetapi dalam konteks kita ini, mangsa (terjebak kegiatan pelacuran) itu harus diselamatkan daripada lembah kehinaan itu.

“Saya bukan nak tengok pertindihan kuasa dan sebagainya tetapi apa akibat pada akhirnya,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan program Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia dan majlis apresiasi Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) Tahun 2024, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada berlaku pertindihan kuasa antara PBT dan polis berkaitan premis pelacuran yang terus wujud sekian lama walaupun serbuan sering dilaksanakan.

Baru-baru ini, isu pelacuran menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau percaya wujud elemen rasuah yang menjadi punca utama kewujudan kegiatan tidak bermoral itu khususnya di ibu negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya