Kedudukan kewangan HRD Corp stabil bantu perkasa program latihan modal insan negara

Kedudukan kewangan HRD Corp stabil bantu perkasa program latihan modal insan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pengurusan cekap Human Resource Development Corporation (HRD Corp) berjaya mencatatkan kedudukan kewangan stabil seperti diperakui dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024.

Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman berkata, aspek kewangan HRD Corp yang stabil akan membantu memperkasakan semua program latihan modal insan yang diperlukan oleh syarikat yang menjalankan operasi perniagaan di negara ini.

“Bagi pihak majikan, ini tentunya suatu berita gembira kerana kami boleh mengharapkan HRD Corp yang dipimpin oleh Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Dawood untuk menjalankan latihan bagi menambah baik aspek skill dan kepakaran para pekerja kami,

“Tahniah kepada pasukan pengurusan HRD Corp untuk kejayaan ini dan kami di pihak majikan akan sentiasa bekerjasama untuk membangunkan ekonomi negara ini terutama aspek memperkasakan modal insan yang menjadi antara teras utama perniagaan,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Beberapa hari yang lalu, Laporan Ketua Audit Negara LKAN 2/2024 yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat menyebut bahawa HRD Corp mencatatkan keuntungan terkumpul sebanyak RM389.95 juta setakat 31 Disember 2022.

Semalam, laporan menyebut HRD Corp mencatatkan keuntungan bersih pelaburan tidak nyata sebanyak RM69 juta, sehingga Disember 2023.

Jumlah itu melibatkan 98.7 peratus daripada keseluruhan portfolio pelaburan HRD Corp, yang bernilai RM3.6 bilion. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya