KDN tidak pertahan salah laku pasukan penguat kuasa

KDN tidak pertahan salah laku pasukan penguat kuasa

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk perbuatan yang menyalahi prinsip integriti terutamanya membabitkan agensi penguatkuasaan terbesar di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sepanjang menerajui tampuk kepimpinan KDN, soal integriti merupakan perkara utama yang sering ditekankan olehnya.

“Saya katakan bahawa dasar kita adalah tidak akan kompromi sama sekali terhadap sebarang bentuk perbuatan yang menyalahi prinsip integriti terutamanya dalam agensi penguatkuasaan terbesar (Polis Diraja Malaysia).

“Jika mereka (pegawai dan anggota) memilih kerjaya ini, maka perkara pertama adalah kepatuhan terhadap undang-undang mesti lah (di tahap) maksimum. Tidak boleh ada kompromi bab itu, tapi kalau berlaku juga biarlah proses undang-undang mengambil tempat,” katanya menerusi sidang akhbar di sini hari ini.

Saifuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa kes yang melibatkan anggota polis antaranya pembunuhan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.

Ini termasuk kes tiga anggota polis yang ditahan berhubung insiden kehilangan bahan api jenis kerosin JET-A1 di Pangkalan Udara Semenanjung, Pasukan Gerakan Udara PDRM pada Selasa.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, ruang seluasnya turut diberikan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan terhadap kes-kes yang berlaku itu.

“Kalau semua maklumat sudah terkumpul, ya mereka bebas untuk melakukan tindakan selanjutnya (dengan) membawa ke muka pengadilan. Kepimpinan KDN tidak akan sekali-kali mempertahankan perbuatan seperti ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan berlainan, Saifuddin memaklumkan Majlis Raja-Raja telah memberi perkenan terhadap cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan yang dibentangkan oleh Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Ruji Ubi.

Menurut beliau, dengan keputusan tersebut, proses seterusnya di peringkat Parlimen akan bermula pada sesi Belanjawan 2025, Oktober depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya