KLANG: Sebanyak 87 buah skuter elektrik atau e-bike bernilai RM174,700 dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam dua operasi berasingan di Pelabuhan Barat dan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, di sini, pada 28 Jun dan 3 Julai lalu. Dalam operasi pertama, JKDM Zon Tengah, Unit II (Selangor) membuat pemeriksaan ke atas sebuah kontena di Pelabuhan Barat dan menemukan lapan unit e-bike bernilai RM5,250 pada 28 Jun lalu. Di Pelabuhan Utara pula, sebanyak 79 unit e-bike dengan nilai keseluruhan RM169,450 ditemukan ketika pemeriksaan dibuat ke atas sebuah kontena pada 3 Julai lalu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya