Kanak-kanak 5 tahun maut jatuh dari tingkat 16 pangsapuri

Kanak-kanak 5 tahun maut jatuh dari tingkat 16 pangsapuri

Seorang kanak-kanak maut selepas terjatuh dari tingkat 16 di sebuah pangsapuri di Blok 12 E3, Fasa 12, Presint 9, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang kanak-kanak maut selepas terjatuh dari tingkat 16 di sebuah pangsapuri di Blok 12 E3, Fasa 12, Presint 9, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, dalam kejadian yang berlaku sekitar 7.50 pagi itu, mangsa melibatkan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.

Katanya, pihaknya melalui Pusat Kawalan Daerah menerima panggilan dari MERS 999 berhubung kejadian berkenaan.

“Selepas menerima maklumat berkenaan sepasukan anggota telah diarahkan ke lokasi kejadian.

“Pihak polis dimaklumkan ambulans telah bawa mangsa ke hospital,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, mangsa dilaporkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya.

Jelasnya, siasatan masih dijalankan untuk mengetahui punca kejadian – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN