Penganjur 'Himpunan Rakyat Lawan Anwar' dakwa 'dibuli' polis

Penganjur ‘Himpunan Rakyat Lawan Anwar’ dakwa ‘dibuli’ polis

AIDIL YUNUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penganjur ‘Himpunan Rakyat Lawan Anwar’ mengakui kesal dengan tindakan kerajaan yang didakwa menggunakan pihak polis untuk ‘buli’ dan melakukan ancaman  terhadap mereka susulan penganjuran himpunan Sabtu lalu.

Ketua Penggerak Demi Negara, Aidil Yunus atau dikenali sebagai YB Viral mendakwa, ini kali kedua polis digunakan untuk ‘membuli’ pihaknya selepas kali pertama dua hari sebelum himpunan pertama baru-baru ini.

Beliau berkata, pihaknya berterima kasih kepada pihak polis kerana telah menjalankan tugas dengan penuh berhemah dan profesional.

“Hari ini (petang tadi), saya beri keterangan jelas kepada polis dan tiada apa yang hendak disembunyikan. Saya kata saya lah penganjur dan saya mahu kerajaan tahu saya penganjurnya.

“Malah, saya akan beri kerjasama jika dipanggil lagi beri keterangan. Setakat ini, tiada makluman untuk dipanggil semula,” katanya ketika ditemui di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya selepas selesai memberi keterangan, kepada polis, hari ini.

Seramai 11 individu termasuk Aidil hadir memberi keterangan kepada pihak polis petang tadi susulan penganjuran himpunan pada Sabtu lalu itu.

Mereka yang lain termasuk Nurpais Ismail (Papa Berry), Mohd Zubir Embong, Lim Chue Har (Michelle Foo), Mohd Faizal Hassan, Shee Chee Weng (Alex), Fathul Farisan Ab Rahman, Anas Abd Jalil, Muhammad Rafique Rashid Ali, Tengku Intan Binti Tengku Abdul Hamid (Dayangku Intan) dan Siti Nuraliana Zulaikha (Olivia).

Bagaimanapun, dua lagi individu Badrul Hisham Shaharin @ Che Gu Bard dan Datuk Tun Faisal Ismail Aziz tidak hadir untuk memberi keterangan pada hari ini dan dijangka dipanggil dalam masa terdekat.

Sementara itu, Muhammad Rafique yang juga Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berkata, tindakan dilakukan oleh polis hari ini tidak menggambarkan hak kebebasan bersuara diperjuangkan kerajaan.

“Bagaimanapun, saya berterima kasih kepada rakyat diluar sana yang sudah buka mata terhadap apa yang kami perjuangkan setakat ini,” katanya.

Katanya, beliau ingin menyatakan bahawa pihaknya tidak dibayar dan diupah oleh mana-mana parti politik atau pihak berkepentingan lain.

Jelasnya, jika ada sesiapa ternampak apa apa invois dan salinan ‘bank-in’ oleh mana-mana ketua parti politik, mereka boleh tampil ke depan dan pihaknya bersedia pulangkan semula wang itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan 11 individu dipanggil memberi keterangan berhubung himpunan pada Sabtu lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya