Kalis boikot, konsert Bruno Mars habis terjual - Utusan Malaysia

Kalis boikot, konsert Bruno Mars habis terjual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Walaupun berdepan kontroversi, tiket konsert penyanyi antarabangsa, Bruno Mars, habis terjual hari ini.

Perkara itu disahkan penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi sebuah hantaran di media sosial.

“Tiket kami secara rasminya sudah terjual sepenuhnya.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bagi anda semua untuk konsert Bruno Mars Live in Kuala Lumpur,” tulis penganjur.

Penyanyi Talking To The Moon itu akan beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil yang memuatkan kapasiti sehingga 85,000 pengunjung pada 17 September ini.

Terdahulu, konsert Bruno Mars berdepan kontroversi apabila pemenang Anugerah Grammy itu dikatakan salah seorang penyokong pro-Israel.

Dakwaan itu timbul setelah tular sebuah keratan akhbar memetik kenyataan dikeluarkan penyanyi itu menyatakan rasa sukanya terhadap Israel semasa persembahannya di Tel Aviv, tahun lalu.

Sejak minggu lalu, terdapat gerakan di media sosial mengajak untuk memboikot konsert artis itu di Malaysia dengan tanda pagar ‘Say No to Bruno’.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya