PETALING JAYA : Kegiatan seorang juruhias majlis hidup mewah dengan menjadi tokan dadah terbongkar selepas ditahan polis di sekitar Cheras, Kuala Lumpur, Khamis lalu. Penahanan suspek berusia 40 tahun itu menemukan dadah jenis kanabis dan erimin 5 yang bernilai RM77,947. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh berkata, tangkapan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Cheras kira-kira pukul 12 tengah hari. Katanya, suspek yang bergerak aktif mengedar dadah di sekitar daerah Cheras sejak awal tahun ini dipercayai turut menjadikan kondominium mewah yang dikawal pengawal keselamatan sebagai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya