JPJ buat operasi bersepadu besar-besaran periksa bas persiaran

Operasi bersepadu besar-besaran periksa bas persiaran

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menjalankan operasi bersepadu secara besar-besaran ke atas bas persiaran bermula esok di seluruh negara.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, operasi itu bertujuan untuk mengesan sebarang salah laku atau perlanggaran undang-undang yang dilakukan oleh operator bas persiaran.

“Semua bas pelancong yang ada di atas jalan raya akan diperiksa. Operasi itu akan bermula pada pukul 6 pagi dan ia akan berlarutan selama beberapa minggu.

“(Tapi) kita tak akan beritahu di mana (operasi dijalankan) kerana kita sudah memberi notis mengenai operasi ini, kalau tak nak dikenakan tindakan, (operator) kena pastikan semua syarat dan peraturan harus dipatuhi,” katanya menerusi sidang akhbar di sini hari ini.

Pada Sabtu lalu, media melaporkan pemandu bas persiaran yang terbabit dalam kemalangan maut sehingga mengorbankan dua pelancong di Kilometer (KM) 16.5 Jalan Genting Highlands, Bentong didapati tidak memiliki lesen memandu.

Pihak polis turut mendapati pemandu bas berusia 32 tahun terbabit juga mempunyai 27 rekod saman lampau atas pelbagai kesalahan.

Pada Sabtu lalu, pemandu bas persiaran yang terbabit dalam kemalangan maut sehingga mengorbankan dua pelancong di Kilometer (KM) 16.5 Jalan Genting Highlands, Bentong didapati tidak memiliki lesen memandu.

Pihak polis turut mendapati pemandu bas berusia 32 tahun terbabit juga mempunyai 27 rekod saman lampau atas pelbagai kesalahan.

Mengulas lanjut, Loke berkata, hasil pemeriksaan mendapati bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan itu telah tamat tempoh permit kira-kira empat bulan lalu iaitu pada 16 Februari.

Jelasnya, kemalangan itu bukan sahaja melibatkan pemandu yang tidak memiliki lesen memandu, malah usia bas persiaran tersebut juga telah melebihi 15 tahun dan masih lagi beroperasi.

“Kita memandang serius insiden yang berlaku ini kerana jelas menunjukkan syarikat pengendali tidak mematuhi undang-undang, syarat dalam permit dan membenarkan pemandu yang tiada lesen untuk memandu bas yang melebihi usia permit.

“Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada mereka hari ini dan mereka diberi masa tiga hari untuk menjawab surat tersebut.

“Saya juga arahkan APAD untuk ambil tindakan paling tegas terhadap syarikat pengendali kerana ini adalah satu ketidakpatuhan undang-undang yang amat jelas sekali sehingga menyebabkan kehilangan dua nyawa dan sudah tentu menjejaskan imej negara kerana ia melibatkan pelancong asing,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya bercadang untuk memohon agar tindakan mengikut Seksyen 42 (2) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dikenakan terhadap syarikat pengendali berkenaan.

“Kita ambil tindakan bukan sahaja terhadap permit yang ada dalam syarikat tetapi di peringkat kementerian menerusi JPJ, kita bercadang untuk mengambil tindakan di bawah Seksyen 42 (2) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang jarang kita ‘invoke’ seksyen ini,” ujarnya.

Ditanya berhubung mesyuarat khas membabitkan kementeriannya bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Anthony Loke berkata, ia antara lain akan membincangkan berhubung perincian dan penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) penguatkuasaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya