Jin BTS gementar sepanjang bawa obor Olimpik

Jin BTS gementar sepanjang bawa obor Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Ahli kumpulan BTS, Jin, mengakui gementar membawakan obor menuju acara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024.

Jin membawa obor berkenaan kira-kira 10 minit dari Place du Carrousel sebelum menyerahkannya kepada atlet ski kebangsaan Perancis, Sandra Laoura, di hadapan Piramid Louvre pada Ahad .

“Ini adalah satu penghormatan dan detik bermakna buat saya. Terima kasih kepada peminat kami, ARMY, kerana saya dapat menunaikan tanggungjawab ini.

“Saya sangat gementar sehingga tidak sedar berapa lama masa sudah berlalu.

“Tetapi saya dapat menyelesaikannya dengan baik berkat sokongan hebat daripada orang ramai di sepanjang jalan,” katanya.

Jin berkata demikian dalam satu kenyataan akhbar yang dikongsikan agensinya, BigHit Entertainment.

Bukan itu sahaja, Jin turut berharap agar atlet Korea Selatan dapat membawa pingat yang membanggakan untuk negaranya.

“Saya harap pasukan Korea Selatan yang menyertai Olimpik memperoleh keputusan terbaik sesuai dengan usaha yang telah mereka lakukan.

“Saya akan memberikan sokongan dengan sepenuh hati,” katanya.

Terdahulu, larian obor yang diketuai oleh Jin turut diiringi kira-kira 11,000 individu lain termasuk atlet, pekerja, mangsa peperangan dan angkasawan.

Obor tersebut akan menjelajah ke 400 lokasi sekitar 12,000 kilometer sebelum temasya pembukaan diadakan pada 27 Julai nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN