Albertine Leo Jia Hui sudah ditemukan di Selangor

Albertine Leo Jia Hui sudah ditemukan di Selangor

Albertine Leo Jia Hui
Albertine Leo Jia Hui
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Albertine Leo Jia Hui yang hilang di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri, Johor Sabtu lalu ditemukan di Batang Kali, Selangor.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan ketika dihubungi di sini hari ini.

“Ya, dijumpai dalam keadaan selamat di kawasan Batang Kali, Selangor,” katanya ringkas.

Terdahulu, tiga individu termasuk seorang wanita ditahan. bagi membantu siasatan kes kehilangan kanak-kanak perempuan itu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, tiga individu warga tempatan itu ditahan di sekitar Gelang Patah, pukul 1.30 tengah hari.

“Kesemua mereka berusia dalam lingkungan 28 hingga 55 tahun bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Kumar berkata, kes kehilangan kanak-kanak itu juga sudah diklasifikasikan semula daripada laporan orang hilang kepada Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Albertine Leo Jia Hui disedari hilang oleh bapanya kira-kira pukul 8.30 malam, Sabtu lalu.

Kanak-kanak itu berketinggian kira-kira 120 sentimeter (cm) dan berambut panjang berwarna hitam selain berkulit cerah serta bertubuh kurus sederhana. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN