PETALING JAYA: Isteri kepada pelawak, Harith Iskander, Jezamine Lim, mengesahkan sudah memfailkan cerai terhadap suaminya.
Pemohonan penceraian tersebut dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Jun lalu.
“Betul saya telah memfailkan cerai.
“Saya tidak ingat tarikh sebenar permohonan itu
dibuat tetapi lebih kurang sebulan lalu,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Bagaimanapun, Jezamine mengambil pendekatan mengunci mulut ketika ditanya mengenai punca keretakan rumah tangga.
“Saya belum ada sebarang komen.
“Mungkin nanti saya akan ceritakan,” tambahnya.
Harith dan Jezamine sah bergelar suami isteri pada 12 Jun 2010.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.-UTUSAN