SAN DIEGO: Pelakon, Jennifer Garner berdepan detik cemas apabila lif yang dinaikinya baru-baru ini mengalami kerosakan.
Berkongsi pengalaman di Instagram, Garner, 52, memaklumkan lif tersebut secara tiba-tiba gagal berfungsi dan hanya berjaya dibuka selepas lebih sejam pelakon itu dan beberapa penumpang lain terperangkap di dalamnya.
“Kami terperangkap dalam lif, saya perlukan bantuan Wolverine atau Deadpool atau sesiapa sahaja,” katanya berseloroh.
Garner berkongsi detik cemas itu menerusi beberapa video yang dimuat naik di platform berkenaan.
Kejadian berlaku ketika pelakon itu menghadiri acara Comic-Con bagi mempromosikan filem Deadpool & Wolverine yang secara rasmi ditayangkan pada Jumaat lepas.
Filem tersebut turut dibintangi Ryan Reynolds, Hugh Jackman, Blake Lively dan ramai lagi.