Jemaah haji, umrah perlu utamakan kesihatan diri - Pemangku Raja Perlis - Utusan Malaysia

Jemaah haji, umrah perlu utamakan kesihatan diri – Pemangku Raja Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua dari kiri) mengadakan lawatan ke Pusat Kesihatan Al-Bayt (AMC) di Menara Jam Wakaf King Abdul Aziz lil-Khadimil Haramain, Mekah, baru-baru ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Setiap jemaah haji dan umrah diingatkan agar sentiasa mengutamakan aspek kesihatan diri sewaktu berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah berkenaan.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kesihatan diri adalah merupakan faktor penting yang dapat menjamin kesempurnaan ibadah.

“Jadi perkara ini perlu diberikan perhatian oleh jemaah ketika menunaikan haji dan umrah,” titah baginda selepas berkenan mengadakan lawatan ke Pusat Kesihatan Al-Bayt (AMC) di Menara Jam Wakaf King Abdul Aziz lil-Khadimil Haramain di Mekah baru-baru ini.

Keberangkatan baginda diiringi oleh anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail dan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Medex Healthcare Services Limited (MEDEX), Dr Abdullah Zaher, Pengarah Perubatan MEDEX, Dr Khaled Hamu dan pengurusan AMC.

Hadir sama sewaktu lawatan tersebut adalah Pengarah Urusan Kumpulan Al-Khairi Berhad, Datuk Seri Mohd Khairi Mat Jahya dan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menerusi lawatan berkenaan, Tuanku Syed Faizuddin berkenan meluangkan masa kira-kira setengah jam melawat dan mendengar taklimat berkaitan inisiatif perlindungan takaful antara Al Khairi Insurance Limited (AKIL), MEDEX dan AMC yang berpangkalan di Jeddah, Arab Saudi.

Selain itu, Mohd Khairi turut mempersembahkan penerangan mengenai perlindungan takaful yang disediakan secara bersama oleh AKIL, MEDEX dan AMC kepada baginda.

Untuk rekod, AKIL dan AMC telah menjalinkan kerjasama dalam memberikan perlindungan kepada jemaah Malaysia sepanjang tempoh berada di Tanah Suci.

Selain menjamin aspek penjagaan kesihatan, inisiatif berkenaan juga dapat menjimatkan perbelanjaan pengurusan jemaah yang dikendalikan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya