Jemaah haji Selangor boleh tuntut bantuan RM1,000 hingga 23 Ogos

Jemaah haji Selangor boleh tuntut bantuan RM1,000 hingga 23 Ogos

BORHAN Aman Shah (tiga dari kiri) menerima cenderamata pada program serahan sumbangan zakat korporat di Sepang, Selangor. - UTUSAN/AMREE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Kesemua 6,000 jemaah haji muassasah dari Selangor wajar merebut peluang menerima insentif bantuan tunai RM1,000 setiap orang walaupun mereka berkemampuan.

Perkara berkenaan ditegaskan oleh Exco kerajaan negeri tersebut, Borhan Aman Shah yang memaklumkan apabila lebih separuh masih lagi belum memohon skim khas ditawarkan itu dan mereka layak menuntut bantuan itu walaupun sudah selesaikan mengerjakan rukun Islam kelima itu.

“Meskipun jemaah terbabit memang mampu dari segi kewangan tetapi ini hak anda terima peruntukan disumbangkan kerajaan Selangor,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas hadir menyaksikan penyampaian zakat korporat Permodalan Negeri Selangor Berhad kepada 168 penerima di Tanjung Sepat, di sini hari ini.

Kerajaan negeri tersebut menerusi Menteri Besar Selangor Pemerbadanan menyalurkan insentif itu yang dibuka sejak 6 Mei lalu dan melibatkan peruntukan keseluruhan RM6 juta.

Mengulas lanjut, Borhan mendedahkan bahawa setakat ini hanya 2,800 jemaah negeri itu yang bukan memilih pakej swasta sudah pun memohon dan menerima insentif berkenaan.

“Ada baki lagi 3,200 orang dan mereka kemungkinan besar ada tidak tahu mengenai skim ini selain barang kali ada serba salah kerana anggap diri mereka berkemampuan,” jelasnya.

Justeru, kerajaan negeri melanjutkan permohonan itu sehingga 23 Ogos depan dan cuma mendaftar dengan membawa surat jadual penerbangan haji yang tertera kod Muassasah.

Ujar beliau lagi, amaun bantuan kali ini juga dinaikkan daripada RM500 pada tahun lepas kepada RM1,000 kerana sedar ada jemaah yang tiada pendapatan tetap atau gaji kecil.

Selangor merekodkan sejumlah 8,000 jemaah haji pada musim ini iaitu angka paling ramai berbanding negeri-negeri lain dengan 2,000 orang daripadanya mengikuti pakej swasta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya