Jaringan antarabangsa pendidikan dipertingkat

Jaringan antarabangsa pendidikan dipertingkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Program jaringan dan jalinan yang melibatkan kerjasama dan persefahaman dua hala dalam membentuk kerjasama berpeluang memberikan pendedahan kepada semua pihak sebagai salah satu usaha ke arah mempelbagaikan potensi individu dalam lapangan pendidikan.

Program perkongsian yang dijalankan berupaya menggerakkan unit yang baik serta membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada semua pelajar dan guru untuk menyertai program sebegini bukan sahaja membabitkan sekolah dalam negara tetapi diperluaskan hingga ke peringkat antarabangsa.

Merupakan program rasmi yang mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat.

Guru penyelaras Global Citizenship Education, Mohd Nasir Zakaria berkata, pelbagai manfaat dapat diperoleh melalui program sebegini termasuk membuka peluang kepada pelajar mewujudkan persaingan secara sihat seterusnya membentuk personaliti unggul dalam semua bidang yang diceburi untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, program jalinan dan jaringan antarabangsa juga menjadi medan kepada pelajar untuk bertukar pandangan serta mengenali budaya luar dan memahami aspek budaya yang berbeza dengan negara luar.

“Pendidik merupakan aset penting sesebuah sekolah dan mereka berupaya menjadikan aspek diplomasi antarabangsa sebagai satu kepakaran yang perlu dikuasai.

“Pendidik yang berkualiti tinggi perlu bergiat aktif dalam beberapa program antarabangsa anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membuktikan keupayaan dalam menunjukkan sikap keterbukaan dalam memahami perbezaan budaya di persada antarabangsa,” katanya.

Tambahnya, sebagai contoh, pendidik yang terlibat di dalam program Asia Pacific Teacher Exchange (APTE) sememangnya mempunyai pengalaman dan berpengetahuan luas dalam mengendalikan delegasi antarabangsa.

Mengulas lanjut, Mohd Nasir berkata, program jaringan antarabangsa ini berupaya mengetengahkan budaya dan tradisi melalui permainan tradisional, pakaian tradisional, dan sebagainya.

Sementara itu, Mohd Nasir berkata, sebanyak 17 matlamat pembangunan lestari telah menggariskan agar pembangunan secara mapan dapat dilaksanakan.
Katanya, 17 matlamat ini telah diterima oleh Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar diterima oleh negara-negara anggota.

“Salah satu daripada elemen tersebut adalah pendidikan yang berkualiti haruslah diterapkan dalam amalan atau dasar pendidikan. Ini termasuk dengan menyediakan prasarana atau fasiliti yang selesa kepada semua murid untuk belajar di dalam suasana yang kondusif.

“Melalui fasiliti yang sempurna dan menepati piawaian serta dapat digunakan secara optimum dengan bilangan murid yang semakin bertambah saban tahun, maka adalah wajar fasiliti bagi sesebuah sekolah diberikan perhatian sesuai dengan keperluan semasa,” ujarnya.

 

Pembaca yang berminat menghantar artikel ke e-mel  [email protected] UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN