Jangan terperangkap helah musuh, tiada kumpulan tertentu dalam UMNO - Zambry - Utusan Malaysia

Jangan terperangkap helah musuh, tiada kumpulan tertentu dalam UMNO – Zambry

ZAMBRY Abd Kadir melancarkan gimik Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kangar di Dewan Warisan, Kangar, Perlis hari ini.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Setiap ahli dan pemimpin UMNO diingatkan agar tidak terperangkap dengan helah musuh yang cuba membawa naratif tertentu bagi memecah belahkan parti.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, ketika ini terdapat usaha-usaha dilakukan pihak pembangkang di peringkat akar umbi yang membawa gambaran bahawa UMNO terpecah kepada dua kumpulan.

Katanya, setiap ahli dan pimpinan UMNO tidak akan sesekali tumpas dengan mainan propaganda tersebut yang pada akhirnya akan merugikan parti berkenaan.

“Ini merupakan permainan pembangkang dan saya ingatkan ahli agar jangan terperangkap dengan usaha-usaha sebegini kononnya terdapat kumpulan ‘UMDAP’ dan UMNO tulen.

“Dan ini penting untuk diingatkan supaya kita tak tumpas dengan permainan ini dan terikut dengan rentak mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kangar 2024 di Dewan Warisan, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Rozabil Abd. Rahman dan Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, setiap ahli parti itu sememangnya tiada halangan untuk memberi pandangan berbeza memandangkan UMNO ditubuhkan atas semangat prinsip demokrasi.

“Tapi untuk melabel seseorang itu sebagai kelompok kumpulan tertentu, ia adalah satu tindakan tidak baik malah hanya akan rugikan parti ini sendiri,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Zambry berkata, UMNO berupaya untuk bangkit semula khususnya di Perlis dengan kekuatan baharu yang memimpin negeri ini.

Beliau berkata, kepimpinan UMNO di negeri ini juga dibarisi pemimpin muda yang mempunyai kekuatan dan kebolehan mentadbir parti ini dengan baik.

“Sebab itulah pentingnya dukungan perpaduan dalam kalangan seluruh jentera dan akar umbi bagi membawa semula kebangkitan UMNO di Perlis,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya