KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin diingatkan supaya membaca Perlembagaan Persekutuan berkaitan Akta Anti Lompat Parti secara keseluruhan dan bukan hanya mengambil sebahagian sahaja. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketetapan dibuat Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul adalah berlandaskan undang-undang. “Tafsiran undang-undang (perlu) dibaca secara keseluruhannyalah, jangan dipilih satu dan ditinggalkan yang lain seperti dilakukan pimpinan Bersatu semalam. “(Ketetapan) ikut undang-undang, dia bukan soal ikut PM (atau) soal Ketua Pembangkang, dia ikut undang-undang dan tafsirannya, itu (kita) serah kepada Speaker,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya