Jamie Foxx dedah pernah koma selama 20 hari - Utusan Malaysia

Jamie Foxx dedah pernah koma selama 20 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi terkenal, Jamie Foxx atau Eric Marlon Bishop,56, baru-baru ini membuat pendedahan secara terbuka bahawa dirinya telah berada dalam keadaan koma selama 20 hari.

Menurut Jamie, dia tidak mengingati apa-apa peristiwa yang berlaku selepas dia tersedar daripada koma tersebut.

“Saya mengalami sakit kepala yang amat teruk, kemudian meminta rakan untuk memberikan ubat tidur.

“Selepas itu, saya hilang selama 20 hari dan tidak ingat apa-apa. Doktor memberitahu bahawa kakak dan anak perempuan saya yang membawa saya ke hospital,” katanya.

Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Akademi (Oscar) itu dimasukkan ke hospital pada April 2023 kerana krisis kesihatan semasa menjalani penggambaran filem Netflix ‘Back in Action’ di Atlanta.

Dia yang enggan memberikan mengulas lanjut mengenai penyakitnya kepada umum, hanya menyatakan bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena pada bahagian kepalanya.

Dalam pada itu, pelakon filem Ray itu juga menggambarkan pengalaman berada dalam keadaan koma adalah sangat menyiksaan seolah-olah pergi ke neraka dan kembali.

Namun begitu, Foxx tetap bersyukur kerana kini semakin pulih walaupun emosi masih terkesan akibat kejadian tersebut.

“Walaupun sukar, tetapi saya sedang berusaha untuk pulih.  Itu adalah perjalanan gelap yang tidak dijangka tetapi saya dapat melihat cahaya.

“Mereka melihat saya di luar mungkin kelihatan gembira, tetapi kadang-kadang saya tiba-tiba menangis kerana sangat susah. Saya masih sakit,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon itu turut mengatakan rasa syukur kepada semua yang telah menghubungi dan menghantar ucapan serta doa.

Untuk rekod, Jamie memulakan kerjayanya pada 1991 dalam komedi sebelum mencipta nama sebagai penyanyi dan pelakon filem.

Antara filem terkenal yang dibintanginya termasuk Ray, Collateral, Django Unchained, Baby Driver, The Amazing Spider-Man 2, Just Mercy dan Ali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya