Jack Tan 'korban' selera, belajar jadi kidal untuk Gold - Utusan Malaysia

Jack Tan ‘korban’ selera, belajar jadi kidal untuk Gold

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Diberi peluang memegang watak orang kurang upaya tidak menggugat anak seni kelahiran Kuala lumpur ini untuk memberikan aksi luar biasa dalam filem terbarunya, Gold.

Memegang watak sebagai legenda atlet badminton paralimpik Malaysia, Cheah Liek Hou, Jack Tan mengakui agak sukar untuk melakonkan watak itu kerana dia perlu menyesuaikan diri sebagai seorang individu kidal.

“Saya mengambil masa selama tiga bulan untuk berlatih menyesuaikan diri menggunakan tangan kiri.

“Dalam menjiwai watak prolifik itu juga, saya terpaksa untuk mengorbankan hobi saya iaitu membuat aktiviti luar untuk naikkan berat badan hampir 87 kilogram,” katanya.

Mengulas mengenai latihan sukan badminton itu, Jack mengakui dirinya turut menghadapi cabaran sepanjang menjalani latihan kerana tidak pernah secara serius bermain sukan itu seumur hidupnya.

“Pertama kali turun latihan, saya langsung tidak dapat pukul bulu tangkis malah cara saya pegang raket juga salah. Ada juga main badminton tetapi sudah lama tinggal.

“Saya sangat bernasib baik kerana jurulatih dan ahli pasukan sentiasa memberikan sokongan yang penuh sepanjang saya menjalani latihan.

“Bagi saya, cabaran paling susah sepanjang membawa karakter Liek Hou adalah mengawal pergerakkan kaki semasa di gelanggang badminton,” jelasnya.

Dalam pada itu, apabila disoal berkenaan reaksi memegang watak itu, pemenang pelakon lelaki terbaik Festival Filem Antarabangsa Shanghai berkata dirinya juga tidak begitu yakin pada awalnya namun pengarah filem telah menyuntik semangat kepadanya.

“Saya berpegang pada kata-kata pengarah filem, Adrian Teh bahawa seorang pelakon tidak perlu untuk meletakkan had kepada diri sendiri untuk melakukan perkara baharu.

“Sebagai pelakon, kita perlu keluar dari zon selesa untuk beri kejutan kepada penonton, jadi saya ambil kesempatan untuk berjumpa dengan Liek Hou secara bersemuka,” kongsi lelaki berusia 33 tahun itu.

Pertemuan empat pasang mata secara tidak langsung sedikit sebanyak dapat membantu pelakon itu mendalami watak yang dibawa dirinya menerusi filem Gold.

Kata Jack, dia berpe­luang untuk mendalami perasaan bekas atlet badminton paralimpik negara, Liek Hou sepanjang pertemuan itu berlangsung.

“Perkong­sian yang pernah dialami beliau yang beliau mem­bantu saya untuk membentuk emosi dengan lebih baik.

“Sejujurnya, saya sangat kagum dengan semangat yang ditonjolkan kerana bukan mudah untuk kekal bersemangat dan tidak berputus asa dalam keadaan sebegitu,” tambahnya.

Tidak mengharapkan anugerah

Jack yang berkecimpung dalam dunia lakonan sejak berusia 18 tahun berkata, penganugerahan bukan tujuan utama buat dirinya namun kerana minat terlalu mendalam, dia sanggup melakukan apa sahaja untuk melaksanakan tugas seorang pelakon.

“Saya tak pernah mengharapkan anugerah atau terfikir untuk mendapatkannya. Saya lebih suka untuk mencabar diri sendiri terutamanya memegang watak yang beri kelainan kepada diri saya.

“Pada pandangan saya, saya tidak meletakan harapan untuk membawa saya ke mana- mana tapi jika diberi tawaran sudah pasti saya akan bekerja keras untuk menjiwai watak yang diberikan.

“Bagai­manapun, saya sangat berterima kasih kepada penerbit dan kumpulan produksi kerana sentiasa memberikan sokongan dan kepercayaan untuk membawa watak utama dalam filem ini,” katanya lagi.

Gold akan mengisahkan kisah hidup Cheah Liek Hou, seorang atlet paralimpik yang telah mula bangkit selepas acara badminton dipertandingkan di Sukan Paralimpik Tokyo dan berjaya mencipta sejarah penting buat Malaysia dengan memenangi emas.

Filem yang turut dibintangi barisan pelakon terkenal seperti Farid Kamil, Yasmin Hani dan ramai lagi dijangka menemui penonton pada 11 Julai ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya